Selamat berjuang wahai anak-anakku semoga kalian terus cemerlang.... terutama sejarah ...hehehehehe... lepas ni jangan lupa hantar email keputusan anda nanti ye....
Ingat sejarah ingat saya...........ingat blog ini....
Tuesday, November 11, 2008
Selamat berjuang
Posted by
cikdin
at
6:29 AM
0
comments
Saturday, November 1, 2008
Dapatkan soalan percubaan Negeri-Negeri
Salam sejahtera kepada semua pelajar.
Selamat menjawab soalan-soalan percubaan ini. Soalan ini bukanlah soalan ramalan tetapi jadikan ia sebagai panduan dan latihan serta persiapan terakhir dalam pepriksaan SPM nanti. Cikgu mengharapkan semua pelajar akan peroleh manafaatnya dan cemerlang dalam subjek sejarah. Insyaalah.
Posted by
cikdin
at
7:21 AM
0
comments
Sunday, October 26, 2008
Analisa Soalan Percubaan Antara Negeri 2008
Klik sini untuk dapatkan analisa tersebut
Posted by
cikdin
at
6:45 AM
0
comments
Sunday, October 12, 2008
Tahniah
Tahniah buat Rosli 5KS1.... cikgu dengar dapat 6A dalam Percubaan baru-baru ni. Lagu mana dengan ore lain.. tak dengar kabar lagi.. 5ST2 apa citer. Tambah usaha Rosli agar lebih berjaya. Kepada pelajar lain kena usaha lebih lagi... masa masih ada. bak kata ore putih...." better late than never" ... baik lambat daripda ak ada langsung usaha... selamat berjaya....
Posted by
cikdin
at
5:18 PM
0
comments
Tuesday, October 7, 2008
Soalan Percubaan PKPSM Kelantan 2008
Assalamulaikum dan dalam sejahtera.
Dapatkan soalan dan latihan bagi soalan percubaan yang dikeluarkan oleh Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Cawangan Kelantan. Soalan kertas 1 di blog ini manakala soalan kertas 2 di http://sejarahspm.wordpress.com/
Saya menyeru kepada semua anak didik saya di SMK Seri Intan pun supaya membuat semula soalan ini sebagai latihan.
Kepada pelajar-pelajar lain... silalah buat soalan-soalan ini juga. Saya juga merasakan jika ada di antara kita yang ingin berkongsi soalan-soalan percubaan dari negeri lain, saya amat mengalu-alukan. Emailkan soalan tersebut kepada cikdin7@gmail.com agar kita dapat berkongsi bersama-sama.
Posted by
cikdin
at
7:02 PM
0
comments
Labels: sejarah spm, soalan percubaan
Saturday, September 13, 2008
Selamat Tinggal Seri Intan....
Khamis 11 September 2008… adalah hari-hari terakhir aku di SMK Seri Intan. Perasaan campur baur antara sedih dan gembira. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatanku sampai bila-bila. Dalam kesibukan warga Amerika meratapi kejadian Serangan di World Trade Centre, aku terus dilanda keresahan. Terlalu banyak kenangan suka duka, pahit manis semasa di SMKSI. Sedar tak sedar aku di sini sudah 18 tahun 2 bulan 8 hari bersama-sama memangat kegemilangan Seri Intan. Manakan tidak inilah sekolah pertamaku. Yeah…..kira-kira sebahagaian besar perkhidmatanku telah dihabiskan di sini.
Kepada anak-anak didik ku di SMK Seri Intan……… Kelas 5ST2, 5KS1 dan 5K2…. Walaupun pertemuan kita hanyalah sebentar cuma… tidak sampaipun setahun, cikgu dapat merasakan kemesraan kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita amat bermakna. Apa yang cikgu harapkan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan dari tempoh peperiksaan SPM ini, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan lupa sering-seringlah mengulangkaji dan solat hajat. Tambahan pula kita kini masih berada di bulan yang penuh berkat ini. Masa yang ada janganlah berpersiakan dengan borak-borak kosong atau melayari internet yang tidak mendatangkan faedah. Dan kita masih boleh berhubung menerusi blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung yaaa.
Hari Ahad ini 14 september 2008 ini, maka bermula satu era baru dalam tugasku sebagai seorang guru. Aku akan mula bermula secara rasmi di sekolah baruku iaitu SMK Bukit Jawa, Pasir Putih. Aku gembira kerana telah dapat kembalki bertugas di daerah kelahiranku walaupun terpaksa meninggalkan seribu kenangan di Seri Inta.
Seri Intan…… kau tetap dalam kenangan hingga ke akhir hayat kerana KAU adalah yang PERTAMA.
Posted by
cikdin
at
3:22 PM
0
comments
Sunday, August 31, 2008
Selamat Datang Bulan Keberkatan


Posted by
cikdin
at
5:12 PM
0
comments