Monday, September 28, 2009

Makluman : Telah Berpindah....

Salam 1 Malaysia...


Unutk makluman semua pengunjung alam soalan dan latihan sejarah spm telah berpindah ke http://sejarahspm.com. Semua maklumat terbaru ada di sana....

Jumpa di sana. ye

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan

Assalaamualaikum dan salam sejahtera..


Dalam keseronokan meraikan kemerdekaan dan menikmati juadah berbuka puasa janganlah kita lupa tugas yang menanti kita di hujung tahun ini iaitu SPM yang tidak berapa lama lagi.

Di Kelantan, pada minggu ini, anak-anak SPM akan menempuh ujian awal iaitu peperiksaan percubaan SPM akan di adakan pada selasa ini 01.09.2009. Jadi janganlah kita anggap ianya sebgai ujian biasa tetapi anggaplah peperiksaan percubaan ini sebagai satu medan ujian untuk mengetahui sama kita bersedia unutk ujian yang sebenar pada noember nanti. Selamat mengahadapi peperiksaan Percubaan SPM 2009

Monday, March 23, 2009

Tahniah buat Rosli 5KS1 SMKSI

Tahniah Rosli kerana berjaya mengapai 8A. terutamanya A dalam SEJARAH............ Anda boleh ..... mengapa orang lain tak boleh????????

Wednesday, March 11, 2009

Berdebar-berdebar..... Result SPM Akan Keluar

Hmmmmmm...... rasa suka ada.... rasa takut ada ......result SPM dah nak keluar. Biasa la tuuuuu..... yanag berjaya akan menangis kegembiraan.. tp yang gagal menangis jugak... menangis sedih... tapi tak apa bagi yang gagal boleh cuba lagi... tapi kali ni semua kena bayar lah tapi yang berjaya nanti tahniah lah... selamat sambung belajar lahhh.

Bagi anak-anak pelajar di SMK Seri Intan.... jangan luapa hubungi cikgu ye... nak la tahu result anda semua... Kalu dapat A dalam sejarah ada hadiah sedang menanti...

Bagi pelajar yang pernah mengunjungi blog ni.... hubungi lah saya juga .... nak la tahu result sejarah tu.....
Selamat berjaya ......

Tuesday, February 10, 2009

Masalah dengan Sistem pendaftaran Calon UPSR dan PMR?

Sila download fail ini yoo.... klik sini laaa. Selamat mendaftar calon-calon di sekolah cikgu. Semoga kerja buat cikgu diberkati ALLAH.

Sunday, January 11, 2009

Selamat Menjalani Kehidupan Baru Wahai Putera-Puteriku

Buat putera-puteraku, ayahanda dan Bonda sentiasa mendoakan semua anakanda sentiasa berada dalam situasi yang dilindungi Allah. Ayahanda dan bondo sesungguh tiada apa yang dapat diwarisi kecuali ilmu pengetahuan yang berguna. Tetapi janganlah anakanda lupa untuk sentiasa mencari juga ilmu akhirat kerana itu lah juga akan membawa kita sentiasa dirahmati Allah.
Buat putera sulong, Amir Faris di SMSTF bersedialah untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Jadilah contoh yang terbaik buat adik-adikmu, bukan sahaja dari segi ilmu tetapi yang penting juga sahsiah dirimu.

Buat putera kedua, Norfahmi di MRSM Pasir Tumboh, anakanda juga perlu bersedia untuk menghadapi PMR pada tahun ini. Berjuanglah unutk mencapai kecemerlangan 8A. Ayahanda dan bonda yakin anakanda mampu mengulangi kejayaan abang longmu.

Buat putera ketiga, Norfirman yang akan memulakan persekolahan di alam menengah di Sekolah Sultan Alam Syah, Putrajaya pada hari esok, 12 Januari 2009, ayahanda dan bonda berharap anakanda dapat menyesuaikan diri dan belajar hidup asrama. Tak mungkin ayahanda dan bonda dapat mengunjungi anakanda pada setiap minggu saperti yang ayah dan bonda lakukan terhadap abang-abangmu. Tapi janganlah anakanda risau dan bimbang kerana pasatinya akan ada ayahanda saudara, bonda saudara dan sepupu-sepupumu datang menjengokmu di asrama saperti ayah dan bonda.

Buat puteri bongsuku, Nordini Syuhada yang baru bertukar sekolah, sesuaikan lah diri dengan sekolah yang baru dan mendapat kawan-kawan yang baru pulak.

Ayah dan bonda mengharapkan semua putera-puteriku dapat belajar bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan masa depan. Tetapi janganlah lupa pulak suruhan Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkatiNya.

sekian

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Tahun Baru 1430/2009: Mulakan Persekolahan Dgn Penuh Bergaya.

Alhamdulillah kita semua dapat menjejak kaki semula ke alam persekolahan. Jadi mulakan perjalanan anda sebagai pelajar dengan penuh keazaman unutk berjaya dalam SPM 2009 atau 2010. Pupuklah minat anda agar di tahun ini subjek sejarah menjadi subjek yang paling di minati agar prestasi cemerlang dapat dijelmakan dalam peperiksaan nanti. Ingat Sejarah Ingat Blog ini.

 
blog template by suckmylolly.com : header image by Vlad Studio