Sunday, August 31, 2008

Selamat Datang Bulan Keberkatan






Salam Kemedekaan Ke-51, Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM mulai 01 September bagi semua anak-anak pelajar di seluruh Kelantan. Jawab baik-baik ye.

Kepada anak-anak pelajar di negeri-negeri lain yang ingin berkongsi soalan percubaan, bolehlah emailkan kepada saya untuik di masukkan di blog ini. Bagi soalan sejarah percubaan Kelantan, soalan akan dimasukkan selepas pepepriksaan matapelajaran tersebut dijalankan.

Thursday, November 1, 2007

Soalan dan Latihan Sejarah SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. - Salam ikhlas dari cikdin

Selamat datang ke laman soalan dan latihan sejarah SPM.

Laman soalan ini akan mengumpulkan soalan-soalan percubaan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan dianggap muktabar.

Laman ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang soalan-soalan peperiksaan daripada sumber yang lain.

Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan terutamanya, Puan Rogayah Yaacob yang telah banyak membantu mengumpulkan soalan-soalan ini. Saya juga mengharapkan ada rakan-rakan guru menghantar soalan-soalan untuk dikumpulkan di laman ini.

Ajaklah pelajar-pelajar kita bersama-sama menggunakan kemudahan-kemudahan ini,

Soalan-soalan terkumpul ialah;

1. Soalan Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) cawangan Kelantan.

2. Soalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

3. Soalan MARA

4. Soalan Portal Utusan

5. Soalan-soalan latihan terpilih

Laman soalan ini juga boleh dilayari di http://sejarahspm.wordpress.com/

 
blog template by suckmylolly.com : header image by Vlad Studio