Khamis 11 September 2008… adalah hari-hari terakhir aku di SMK Seri Intan. Perasaan campur baur antara sedih dan gembira. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatanku sampai bila-bila. Dalam kesibukan warga Amerika meratapi kejadian Serangan di World Trade Centre, aku terus dilanda keresahan. Terlalu banyak kenangan suka duka, pahit manis semasa di SMKSI. Sedar tak sedar aku di sini sudah 18 tahun 2 bulan 8 hari bersama-sama memangat kegemilangan Seri Intan. Manakan tidak inilah sekolah pertamaku. Yeah…..kira-kira sebahagaian besar perkhidmatanku telah dihabiskan di sini.
Kepada anak-anak didik ku di SMK Seri Intan……… Kelas 5ST2, 5KS1 dan 5K2…. Walaupun pertemuan kita hanyalah sebentar cuma… tidak sampaipun setahun, cikgu dapat merasakan kemesraan kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita amat bermakna. Apa yang cikgu harapkan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan dari tempoh peperiksaan SPM ini, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan lupa sering-seringlah mengulangkaji dan solat hajat. Tambahan pula kita kini masih berada di bulan yang penuh berkat ini. Masa yang ada janganlah berpersiakan dengan borak-borak kosong atau melayari internet yang tidak mendatangkan faedah. Dan kita masih boleh berhubung menerusi blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung yaaa.
Hari Ahad ini 14 september 2008 ini, maka bermula satu era baru dalam tugasku sebagai seorang guru. Aku akan mula bermula secara rasmi di sekolah baruku iaitu SMK Bukit Jawa, Pasir Putih. Aku gembira kerana telah dapat kembalki bertugas di daerah kelahiranku walaupun terpaksa meninggalkan seribu kenangan di Seri Inta.
Seri Intan…… kau tetap dalam kenangan hingga ke akhir hayat kerana KAU adalah yang PERTAMA.
Saturday, September 13, 2008
Selamat Tinggal Seri Intan....
Posted by
cikdin
at
3:22 PM
0
comments
Sunday, August 31, 2008
Selamat Datang Bulan Keberkatan


Posted by
cikdin
at
5:12 PM
0
comments
Thursday, November 1, 2007
Soalan dan Latihan Sejarah SPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. - Salam ikhlas dari cikdin
Selamat datang ke laman soalan dan latihan sejarah SPM.
Laman soalan ini akan mengumpulkan soalan-soalan percubaan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan dianggap muktabar.
Laman ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang soalan-soalan peperiksaan daripada sumber yang lain.
Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan terutamanya, Puan Rogayah Yaacob yang telah banyak membantu mengumpulkan soalan-soalan ini. Saya juga mengharapkan ada rakan-rakan guru menghantar soalan-soalan untuk dikumpulkan di laman ini.
Ajaklah pelajar-pelajar kita bersama-sama menggunakan kemudahan-kemudahan ini,
Soalan-soalan terkumpul ialah;
1. Soalan Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) cawangan Kelantan.
2. Soalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
3. Soalan MARA
4. Soalan Portal Utusan
5. Soalan-soalan latihan terpilih
Laman soalan ini juga boleh dilayari di http://sejarahspm.wordpress.com/
Posted by
cikdin
at
4:55 AM
1 comments
Labels: latihan, percubaan, sejarah, sejarah spm, soalan, SPM